Pages

Mak Ayah kahwin lain


Sabda Rasulullah SAW : ''Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat'' [Bukhari]


Mak ayah kahwin lain ? Ehh, maksudnya, lepas salah seorang meninggal dunia atau bercerai lah. Macam ni, kita yang sebagai anak ni kau mereka nak kahwin lain, mesti kita halangkan? Yela, tak boleh terima ayah / emak tiri lah. Jahat la *cerita indonesia HAHA. 

Sebenarnyakan, sebagai anak kita tak boleh langsung menghalang apabila mereka nak kahwin. Lagipun, dalam islam itu ialah tanggungjawab kita sebagai anak. Yela, untuk memberi kebahagiaan dekat diorang. Mungkin sunyi, tiada peneman. Mana kita tahu. Hehe. Benda benda macam ni kita selalu terlepas pandang. Sebab tu nak kita kena sebarkan:)

''Ehh, tak biasalah ada mak or ayah baru. Taknaklah.''

Apa yang tak biasanya? Memanglah tak biasa, dah kita tak nak beri peluang kat diri kita untuk membiasakan. Betul? Okaylah, contoh, kita nak kahwin. Tiba tiba mak or ayah kita tak bagi. Sakit hati tak? Alasan mak or ayah,

 '' Ehh tak biasa lah ada menantu. Taknaklah.'' 

HAHA. Kita nak ke macam tu. Tak nak kan? Macam pelik habis je. Huhuhu.

Pandang dari side positif, mungkin orang baru tu akan beri rezeki dekat kita. Yelah, Allah nak keluarkan melalui dia kot. Ha? Kena sentiasa bersangka baiklah. Allah kan suruh kita sentiasa bersangka baik. Baru hati lapang, tak sesak:D

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”
[Surah Al-Hujurat : ayat 12]

Sumber Abu Hurairah R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda:

“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

See, our priority sendiri cakap macam tu kan ? 

Tetapi, kita sebagai anak kenalah pastikan yang bakal mak or ayah tiri kita tu seorang yang bertanggungjawab. Yang boleh bimbing kita sekeluarga ke jalan yang diredhai nanti. Tu baru cun ! 


wallahu'alam^^

No comments:

Post a Comment