Pages

#


Setiap kali nak post something je mesti idea hilang -____-''

Okayy. Setiap kali balik rumah je mesti ada orang cakap aku ni sombong. Mentang mentang pandai. SBP kan. Tu lah ayat dia. Serious paling benci ayat pandai tu. Dah tu ? Nak jadi kurang pandai ke? 

Actually korang bukan tak pandai. Tapi korang malas nak belajar. Kita lahir kat dunia ni cukup sifatkan? Cuma masing masing ada kelebihan sendiri. Marah bila aku cakap malas? Baguslah, atleast korang tahu apa kelebihan aku. Maybe aku rajin sikit. -___-'' Sikit jela. Tak banyak.

Ni antara alasan alasan aku , kenapa aku tak keluar rumah :

1. Aku ni pemalas. Kalau nak keluar, kena lah pakai pakaian yang menutup aurat kan? Hah. Tu lah dehh. Aku malas nak gosok tudung dengan salin baju. -__-''

2. Aku tak boleh lepak dengan kawan kawan sangat. Nanti aku lalai. Aku mengumpat, aku gelak tak ingat dunia. Ha, ni lah aku. Actually kat rumah aku pendiam. Tapi bila dengan kawan, aku jadi haruk gila gila. HAHA^^

3. Aku tak suka budak lelaki Palong ni. Pantang nampak perempuan. Terus nak usha. Seriously tak suka. Bukan nak cakap aku apa, tapi haih. Aku tak suka lah. 

4. Tiap kali jalan, mesti ada orang block jalan tu. Siapa? Couple2~ Okay fine, seriously menyirap. Bukan apa, nanti aku pandang serong kat diorang. Yela, tak semestinya dia couple, dia lebih jahat daripada aku kan? Faham tak ? EHH? 

5. Aku ni cepat terikut apa orang cakap. So, aku nak elak benda tu. 

6. Last, aku ni pemalu sebenarnya. Kenalah faham.                                                                             -___________-''

So, before aku buat benda benda yang memudaratkan diri aku, better aku hindarkan. Aku tahu salah aku, tapi entah. Aku pun tak tahu nak buat apa. Haih.

So, Perempuan perempuan sekalian. Jangan lah jadi malas tahap maximum macam aku. HAHAHA:D

Mak Ayah kahwin lain


Sabda Rasulullah SAW : ''Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat'' [Bukhari]


Mak ayah kahwin lain ? Ehh, maksudnya, lepas salah seorang meninggal dunia atau bercerai lah. Macam ni, kita yang sebagai anak ni kau mereka nak kahwin lain, mesti kita halangkan? Yela, tak boleh terima ayah / emak tiri lah. Jahat la *cerita indonesia HAHA. 

Sebenarnyakan, sebagai anak kita tak boleh langsung menghalang apabila mereka nak kahwin. Lagipun, dalam islam itu ialah tanggungjawab kita sebagai anak. Yela, untuk memberi kebahagiaan dekat diorang. Mungkin sunyi, tiada peneman. Mana kita tahu. Hehe. Benda benda macam ni kita selalu terlepas pandang. Sebab tu nak kita kena sebarkan:)

''Ehh, tak biasalah ada mak or ayah baru. Taknaklah.''

Apa yang tak biasanya? Memanglah tak biasa, dah kita tak nak beri peluang kat diri kita untuk membiasakan. Betul? Okaylah, contoh, kita nak kahwin. Tiba tiba mak or ayah kita tak bagi. Sakit hati tak? Alasan mak or ayah,

 '' Ehh tak biasa lah ada menantu. Taknaklah.'' 

HAHA. Kita nak ke macam tu. Tak nak kan? Macam pelik habis je. Huhuhu.

Pandang dari side positif, mungkin orang baru tu akan beri rezeki dekat kita. Yelah, Allah nak keluarkan melalui dia kot. Ha? Kena sentiasa bersangka baiklah. Allah kan suruh kita sentiasa bersangka baik. Baru hati lapang, tak sesak:D

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”
[Surah Al-Hujurat : ayat 12]

Sumber Abu Hurairah R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda:

“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

See, our priority sendiri cakap macam tu kan ? 

Tetapi, kita sebagai anak kenalah pastikan yang bakal mak or ayah tiri kita tu seorang yang bertanggungjawab. Yang boleh bimbing kita sekeluarga ke jalan yang diredhai nanti. Tu baru cun ! 


wallahu'alam^^

Dayus


Sabda Rasulullah SAW : '' Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat '' [Bukhari]



Daripada Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud:
"setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina.
Kedua dua mata itu berzina
dan berzinanya adalah dengan melihat.
Kedua - dua kakinya juga berzina
dengan zinanya adalah berjalan.
Mulut juga berzina 
dan zinanya adalah dengan bercium
dan hatinya juga berzina
dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan - angan.
Tetapi kemaluanlah yang akan
membenarkan atau mengingkari 
zina tersebut"

(riwayat Ahmad)


Ciri-ciri lelaki dayus ialah seorang lelaki yang bergelar bapa membiarkan anaknya bercouple kononnya sporting:)

Okay, sedih bila ramai budak budak sekarang terjebak dengan couple. Nampak mudah, tetapi sangatlah memberi kesan kat seseorang individu tu. Terutama sekali perempuan lah. #mohon dijauhkan:) Alasan bila ditegur, couple islamik. Pfft ! Jangan menghina islam apabila menghalalkan yang haram. 


Allah berfirman :

" Janganlah kamu menghampiri zina
Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."

(surah al - Isra' 17 : 32)



La takrabulzina, sudah terang lagi bersuluh jangan dekati zina yang buruk dan keji tu. Allah dah cakap, tapi kita buat juga. Even Allah tak mention pun jangan couple, tapi bila kita couple, kita selalu nak dekati dia, selalu teringat dia, nak jumpa dia, itu pun sudah kira berzina. Zina hati. Dan harap semua orang tahu.

Mungkin agak susah untuk kita tinggalkan orang yang kita sayang. Tapi hakikatnya, bila kita sayang seseorang tu, kita tak akan bawa dia ke arah 'kejahanam' #HAHA ayat apa tu ? 

Kalau kita yakin dengan Allah, kita tak akan takut untuk kehilangan mereka, sebab kita tahu Allah sentiasa menyediakan yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Kenapa? 

Sebab Allah sayangkan hamba-Nya. 

Mana tahu? Kerana Allah masih memberi kamu dan kamu peluang untuk membaca post ni.

Apa kena mengena ? -_-

Bila baca post ni , Allah masih memberi kita udara untuk terus hidup, mata yang elok untuk melihat, badan yang sihat untuk terus scroll post ni ke bawah :D Dan masih kuat untuk tersenyum:) Dia sayang kita sebab dia buka pintu taubat seluas luasnya. Sebab tu yang paling penting sekali Allah nak kita berubah sebelum dia tarik nyawa kita dan campak kan ke neraka yang sentiasa menanti kita. Tarik nyawa ? Ya, sebab ramai manusia yang lupa bukan kiamat je rahsia Allah, tapi mati pun rahsia Allah.

Nampak kan? Dan tunggu je jodoh tu. Fokus apa yang perlu sekarang ni. Belajar, kerja. Kalau tak sabar sangat, g persiapkan diri kita dengan ilmu agama yang cukup untuk jadi isteri/ suami yang soleh dan solehah. Ni belum habis belajar dah nak couple, manalah ilmu tu nak berkat.

Kenapa tak berkat pula?

Sebab maksiat tu kotor. Hodoh, tak suci. Ilmu tu pula suci, bersih, menerangi hati. Wahh:DD
So, macam mana dia nak bergabung dengan hati hati yang ada maksiat, yang kotor dan tak suci tu.

Ingat ehh, ilmu tu penting. Nak berjaya kat dunia perlu kan ilmu, nak berjaya kat akhirat perlukan ilmu, nak capai syurga pun perlukan ilmu :') 

Percayalah, ada jodoh kita tu. Allah dah tulis dah siapa nama orang tu. Kita pergi mana jauh ke hujung dunia pun, mesti dia akan ikut kita dengan kehendak-Nya^^

ALLAH KNOW THE BEST SO WE WILL GET THE BEST !
#ohyeahhh !



#Sehingga ada pun yang sanggup meninggalkan seorang kawan demi lelaki/perempuan yang dia 'cinta' . Sedihh. 


Kawan



Assalamualaikum^^

Hari tak nak cerita apa pun. Just simple word ' kawan '. Pernah rasa ada seorang kawan? *Memanglah ada. HAHA^^ tapi kawan  yang sentiasa mengajak kita menuju ke jalan-Nya, tegur kita bila kita salah, melarang kita buat kejahatan, dan banyak lagilah.

Dulu masa sekolah rendah, pung pang pung pang '' kaulah bestfriend aku forever,'' ini lah itulah. Hakikatnya berkawan atas dasar apa? Tapi sejak pindah asrama masa form 2 banyak yang aku belajar. Perubahan yang sangat drastik yg jadi dalam diri aku. Aku jadi yang lebih sensitif, sentiasa nak berubah.

Ya, aku ada seorang kawan. Ex sekolah agama. Baik, lemah lembut, entah. Perwatakan yang sangat lain kalau nak dibandingkan dengan aku. Dekat situ aku makin suka kawan dengan dia. Kitorang jadi sangat sangatlah rapat. Macam macam yang aku belajar. Slow slow aku berubah, sampailah jadi aku yang sekarang. Tapi tak berubah sangat lah, ganas lagi, menyakitkan hati orang, HAHA^^

Tapi semua tu tak lama, sebab gaduh. Lama tak tegur, tak tahu kenapa, sampai bila nak tegur, rasa kekok. Masa tu form 2. Dah berapa tahun dah. Still lagi kekok. Dan yang paling pelik gila, aku tak tahu kenapa aku sayang dia sangat sangat. Ya, even aku tahu yang dia tak sayang aku macam mana aku sayang dia. Ramai orang perli macam apa je, tapi hakikatnya tak. Bagi aku diorang tak pernah rasa apa yang aku rasa. Aku pun ada perasaan kat lelaki wehh -.-'' So, aku biarkan jela diorang tu.

Tapi seronok. Kita boleh kongsi cerita, tempat kita mengadu. Even aku tak pernah cerita pun pape problem aku kat dia. Sebab ? Sebab aku memang suka simpan sorang sorang. Tapi aku suka dengar cerita dia. Aku nak jadi pendengar setia dia. Entahlah, aku sentiasa nak buat sesuatu untuk dia. Sebab dia pernah buat sesuatu kat aku dulu. Tapi aku sia sia kan. :') Sedih tak sedih, kena terima lah. Semua tu dah jadi. Tak boleh ulang. And even sakit pun hati ni, hati dia lagi sakit. Sebab? Macam macam aku buat kat dia. So, aku kena terima. Aku tak boleh putus asa untuk terus baiki friendship ni.

2013 ? Tahun ni lah tahun last aku nak betulkan balik silap aku. Tak kisahlah sakit mana, tapi aku tak boleh lupa yang aku pernah buat dia lagi sakit. In shaa Allah.

Lagi pun aku tahu ,

'' Selemah lemah manusia ialah orang yang gagal mencari sahabat, malah yang lemah dari itu ialah orang yang mensia sia kan sahabat yang di cari '' Saidina Ali 

....dan aku lah orang itu :') 





tribute : NurulHidayahGhafar

La Tahzan



Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]




Ada ketika kita diuji dengan kesedihan. Lantas membuatkan airmata bersedia untuk keluar agar hati tak berombak lagi. Masa tu airmata lah yang mengeringkan penderitaan yang dialami.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)

Allah menduga kita bukanlah kerana ingin menyusahkan kita, sebaliknya mengetuk hati kita untuk kembali pada Dia yang selama ni tak pernah penat mengejar dunia. Dia juga merindui kita , ingin mendengar tangisan kita yang memohon keampunan dari-Nya. 


Tatkala diuji, bersangka baik lah. Kerana inilah takdir yang Allah telah tetapkan untuk kita. Cuba cari hikmah yang yang tersembunyi di sebalik penderitaan tu. Bersabarlah kerana kesabaran kita tu yang meningkatkan darjat seseorang di suatu peringkat yang lebih tinggi. 


 ''Dan berkatalah Tuhan- Mu , berdoalah kepada Aku, nescaya aku akan tunaikan bagi kamu akan permintaan kamu '' 
(surah Ghafir :60)

Ingatlah, jika kita persoalkan, mengapa kita diuji di dunia ni? Tanya lah diri kita semula adakah dunia ini syurga ? Kita layak ke untuk bersenang lenang walhal tujuan kita ialah syurga? Adakah kita patut mempersoalkan Dia padahal Dia yang mencipta kita? 

Hebat sangat ke kita sampai tak boleh nak diuji ? Even Rasulullah yang maksum tu pon, diuji tau. Adalah satu kisah ni, tak ingat sangat tapi dipendekkan cerita, Rasulullah pergi ke sebuah negeri. Nak menyebarkan agama islam lah. Tapi Baginda teruk dibaling dengan batu sehingga berdarah-darah. Lalu, Malaikat Jibril pun berkata dekat Baginda yang Jibril akan menimpakan bencana ke atas kaum tu kalau darah Baginda setitik jatuh ke bumi. Oleh kerana sayang nya Nabi Muhammad dengan umatnya, Baginda sanggup tadah darah Baginda di dalam kasut sehingga  berkocak darah dalam kasut tu. Baginda mengeluh ke? TAK ! Tapi Baginda terus menerus menyebarkan agama islam kerana itu adalah TAKDIR yang Allah dah tetapkan. 

Hebatkan dugaan Rasulullah? Lagi hebat daripada kita. Tapi kita ni pun dah mengeluh. Sabarlah wahai hati, Allah menarik sesuatu daripada kita kerana Dia ingin beri kita sesuatu yang lebih baik daripada tu. 


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan

kesanggupannya.Dia mendapat pahala 

( daripada kebajikan ) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa 

(daripada kejahatan) yang dikerjakannya..."


(surah al-baqarah 284)

Sebaliknya, kuatkanlah diri untuk terus tersenyum kerana masalah itu pasti akan berlalu^^








21 12 2012 KIAMAT !


Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]

Assalamualaikum. Hai :D

Ingat lagi cerita 2012 tu ? Siapa je tak ingat ? Yang menggerunkan hati hati manusia di pelosok dunia melainkan umat Islam. Harap harap macam tu lah. Sebab ada yang cakap, nak tidur je biar mati dalam 'ketenangan'. -.-'' Kalau dah kiamat, tak ada siapa tenang lagi dah. HAHA. Even yang hampir bunuh diri dek tak sanggup untuk menghadapi kemusnahan bumi yang sangat teruk tu pun ada.. Orang Amerika lah tu yang cakap. Tahu pula takut hehe:3

Ni semua bermula sebab ramalan kaum Mayan yang dah ghaib secara misteri tu lah. Tapi, awal awal lagi NASA dah tolak ramalan tu. Tak tahu lah sebab apa, tapi sudah tentu lah sebab Allah dah pun berfirman '' Sesungguhnya disisi Allah sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat ...'' ayat 34 surah Al-Luqman. *dah check tadi:)

Tetapi jangan nak happy sangatlah even kiamat bukan hari ni, tapi kimat tu hampir je, ada hadis, famous dan semua orang tahu Rasulullah dulu menggambarkan kiamat dengan umat akhir zaman ni ibarat jarak antara jari telunjuk dengan jari tengah je. So? How? Dah ready? Jangan ready untuk hari kiamat je sayang, MATI ? lagi lah, bila bila. Tak payah tunggu hari Jumaat, time kita tengah baca ni pun boleh kalau Allah nak tarik nyawa kita. Pintu taubat sentiasa terbuka LUAS , tak kira lah untuk orang sejahat mana pun. Anggaplah jela tarikh ni sebagai penanda aras yang kiamat sangat menghampiri kita :')

Apa yang dicakapkan ni sebenarnya pengetahuan asas , so rasanya semua orang patut tahu. Tetapi, manusia ni mudah lupa. Bukan melayu je sebenarnya. Even dalam bahasa arab, nasia bermaksud PELUPA ! sebab tu kita ni perlu sentiasa mengingatkan antara satu sama lain:) HAHA :3

Sekian^^