Pages

Dayus


Sabda Rasulullah SAW : '' Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat '' [Bukhari]



Daripada Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud:
"setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina.
Kedua dua mata itu berzina
dan berzinanya adalah dengan melihat.
Kedua - dua kakinya juga berzina
dengan zinanya adalah berjalan.
Mulut juga berzina 
dan zinanya adalah dengan bercium
dan hatinya juga berzina
dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan - angan.
Tetapi kemaluanlah yang akan
membenarkan atau mengingkari 
zina tersebut"

(riwayat Ahmad)


Ciri-ciri lelaki dayus ialah seorang lelaki yang bergelar bapa membiarkan anaknya bercouple kononnya sporting:)

Okay, sedih bila ramai budak budak sekarang terjebak dengan couple. Nampak mudah, tetapi sangatlah memberi kesan kat seseorang individu tu. Terutama sekali perempuan lah. #mohon dijauhkan:) Alasan bila ditegur, couple islamik. Pfft ! Jangan menghina islam apabila menghalalkan yang haram. 


Allah berfirman :

" Janganlah kamu menghampiri zina
Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."

(surah al - Isra' 17 : 32)



La takrabulzina, sudah terang lagi bersuluh jangan dekati zina yang buruk dan keji tu. Allah dah cakap, tapi kita buat juga. Even Allah tak mention pun jangan couple, tapi bila kita couple, kita selalu nak dekati dia, selalu teringat dia, nak jumpa dia, itu pun sudah kira berzina. Zina hati. Dan harap semua orang tahu.

Mungkin agak susah untuk kita tinggalkan orang yang kita sayang. Tapi hakikatnya, bila kita sayang seseorang tu, kita tak akan bawa dia ke arah 'kejahanam' #HAHA ayat apa tu ? 

Kalau kita yakin dengan Allah, kita tak akan takut untuk kehilangan mereka, sebab kita tahu Allah sentiasa menyediakan yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Kenapa? 

Sebab Allah sayangkan hamba-Nya. 

Mana tahu? Kerana Allah masih memberi kamu dan kamu peluang untuk membaca post ni.

Apa kena mengena ? -_-

Bila baca post ni , Allah masih memberi kita udara untuk terus hidup, mata yang elok untuk melihat, badan yang sihat untuk terus scroll post ni ke bawah :D Dan masih kuat untuk tersenyum:) Dia sayang kita sebab dia buka pintu taubat seluas luasnya. Sebab tu yang paling penting sekali Allah nak kita berubah sebelum dia tarik nyawa kita dan campak kan ke neraka yang sentiasa menanti kita. Tarik nyawa ? Ya, sebab ramai manusia yang lupa bukan kiamat je rahsia Allah, tapi mati pun rahsia Allah.

Nampak kan? Dan tunggu je jodoh tu. Fokus apa yang perlu sekarang ni. Belajar, kerja. Kalau tak sabar sangat, g persiapkan diri kita dengan ilmu agama yang cukup untuk jadi isteri/ suami yang soleh dan solehah. Ni belum habis belajar dah nak couple, manalah ilmu tu nak berkat.

Kenapa tak berkat pula?

Sebab maksiat tu kotor. Hodoh, tak suci. Ilmu tu pula suci, bersih, menerangi hati. Wahh:DD
So, macam mana dia nak bergabung dengan hati hati yang ada maksiat, yang kotor dan tak suci tu.

Ingat ehh, ilmu tu penting. Nak berjaya kat dunia perlu kan ilmu, nak berjaya kat akhirat perlukan ilmu, nak capai syurga pun perlukan ilmu :') 

Percayalah, ada jodoh kita tu. Allah dah tulis dah siapa nama orang tu. Kita pergi mana jauh ke hujung dunia pun, mesti dia akan ikut kita dengan kehendak-Nya^^

ALLAH KNOW THE BEST SO WE WILL GET THE BEST !
#ohyeahhh !



#Sehingga ada pun yang sanggup meninggalkan seorang kawan demi lelaki/perempuan yang dia 'cinta' . Sedihh. 


No comments:

Post a Comment