Pages

La Tahzan



Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]




Ada ketika kita diuji dengan kesedihan. Lantas membuatkan airmata bersedia untuk keluar agar hati tak berombak lagi. Masa tu airmata lah yang mengeringkan penderitaan yang dialami.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)

Allah menduga kita bukanlah kerana ingin menyusahkan kita, sebaliknya mengetuk hati kita untuk kembali pada Dia yang selama ni tak pernah penat mengejar dunia. Dia juga merindui kita , ingin mendengar tangisan kita yang memohon keampunan dari-Nya. 


Tatkala diuji, bersangka baik lah. Kerana inilah takdir yang Allah telah tetapkan untuk kita. Cuba cari hikmah yang yang tersembunyi di sebalik penderitaan tu. Bersabarlah kerana kesabaran kita tu yang meningkatkan darjat seseorang di suatu peringkat yang lebih tinggi. 


 ''Dan berkatalah Tuhan- Mu , berdoalah kepada Aku, nescaya aku akan tunaikan bagi kamu akan permintaan kamu '' 
(surah Ghafir :60)

Ingatlah, jika kita persoalkan, mengapa kita diuji di dunia ni? Tanya lah diri kita semula adakah dunia ini syurga ? Kita layak ke untuk bersenang lenang walhal tujuan kita ialah syurga? Adakah kita patut mempersoalkan Dia padahal Dia yang mencipta kita? 

Hebat sangat ke kita sampai tak boleh nak diuji ? Even Rasulullah yang maksum tu pon, diuji tau. Adalah satu kisah ni, tak ingat sangat tapi dipendekkan cerita, Rasulullah pergi ke sebuah negeri. Nak menyebarkan agama islam lah. Tapi Baginda teruk dibaling dengan batu sehingga berdarah-darah. Lalu, Malaikat Jibril pun berkata dekat Baginda yang Jibril akan menimpakan bencana ke atas kaum tu kalau darah Baginda setitik jatuh ke bumi. Oleh kerana sayang nya Nabi Muhammad dengan umatnya, Baginda sanggup tadah darah Baginda di dalam kasut sehingga  berkocak darah dalam kasut tu. Baginda mengeluh ke? TAK ! Tapi Baginda terus menerus menyebarkan agama islam kerana itu adalah TAKDIR yang Allah dah tetapkan. 

Hebatkan dugaan Rasulullah? Lagi hebat daripada kita. Tapi kita ni pun dah mengeluh. Sabarlah wahai hati, Allah menarik sesuatu daripada kita kerana Dia ingin beri kita sesuatu yang lebih baik daripada tu. 


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan

kesanggupannya.Dia mendapat pahala 

( daripada kebajikan ) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa 

(daripada kejahatan) yang dikerjakannya..."


(surah al-baqarah 284)

Sebaliknya, kuatkanlah diri untuk terus tersenyum kerana masalah itu pasti akan berlalu^^








No comments:

Post a Comment